Thursday, 20 December 2012

Abe Lie akan muncul ngan lagu dikir ciptaan baru bertajuk Chicago Florida


Semalam sedang GGFM berselimut untuk menahan kesejukan akibat hujan yg tak henti2 turun, tetiba hp Nokia 3310 GGFM berdering2. Cek punya cek rupanya Abe Lie tok joro sohor dari Bukit Puteri Jerantut yg call.

Sebenarnya dah hampir 3 tahun kami terputus hubungan akibat semenjak GGFM diculik oleh alien dan dilarik kan ke Planet Zargus. Dalam byk2 borak tu byk jugak la yg kami bualkan. Yang paling menarik ialah tentang kemunculan Abe Li dgn sebuah lagu dikir ciptaan baru yg bertajuk Chicago Florida nyanyian beliau.

Sebenarnya lagu itu dah pun siap dirakamkan untuk di muatkan dalam album ALA KAMPUNG 3 cuma menunggu majlis pelancarannya dijangkakan pd 1/1/13 nanti.

Sebelum ni Abe Lie pernah muncul dlm beberapa album antaranya album DIKIR JENAKA BUBUR dan beberapa lagu dikir lain yg telah pun divideo klipkan.



Insyaalah kalo takder aral melintang, lagu2 dikir AbeLi akan berkumandang di Gomo FM tak lama lagi dan mungkin dia jugak akan dilamar untuk menjadi salah seorang deejay disini.






GGFM~ lagu Chicago Florida memang best :)

2 comments:

[™محد زولفکر] said...

keno beli nih

djkakpahGomofm said...

nop free... hahahaaa... abe Li terrr....