Wednesday 20 February 2013

Geng Gomo FM buat BBQ ayam berperisa longkang


Pada 18hb feb lepas nampaknya geng gomofm zon timur telah membuat perhimpunan haram bertempat di rumah Kubi. Walopon tengah sarat mengandung, Kubi tak menghampa harapan mereka utk berBBQ kat sini.

Seawal jam 9 malam Nana telah datang kesini sambil melenggang2 kangkung. Kemudian diikuti oleh Abe E Berbunga berserta Pakdo sebagai kelindannya.

Selepas itu upacara membakar ayam pon dilakukan. Untuk menambah kelazatan ayam, mereka sepakat utk membakar ayam didalam longkang supaya aroma bau longkang itu meresap kedalam ayam yg dibakar.


Sedang mereka sedang berbuih2 mulot akibat terlampau seronok bermain api sambil membakar ayam, tetiba eL pula muncul diikuti kemunculan Yai selepas itu.

Dan lebih kureng kul 12 malam, acara berBBQ pun berakhir dengan ketidakpuasan hati peserta BBQ terhadap Pinky yg asyik meminta sumbangan derma secara paksa dari mereka.


GGFM~ ayam berperisa longkang best hingga menjilat dinding :)

No comments: