Sunday, 30 December 2012

Siapa yg buat perhimpunan haram dikedai kain Tudung?

Haha mcm best jer tajuk gosip ni!! Tapi tak der apa2 la cuma nak bgtau yg Fiena dan Nana telah berkunjung di kedai tudung  Nik Suraina  tu jer!!


Tengok la mrk berposing sebagai model kain tudung. Dari kiri Fiena, Nik dan Nana.


GGFM~ teringin nk pakai tudung :)

4th Nana & Kamal


DiGomo FM cinta mrk berputik dan dah 4 bulan dah mrk bercintan cintun. Semoga bahagia



GGFM~ :)

Nini miliki reben ajaib?

Nini atau nama glemernya Cokelat Celop sungguh bertuah krn Doremon telah menghadiahkan dia satu reben ajaib.

Dengan reben ini dia boleh terbang kemana2 saja. Bila nak terbang, reben ini akan terputar mcm kipas helikopter dan terus menerbangkan dia kemana2 saja.


GGFM~ nak pinjam leh? :)

Lagu terbaru Abeli Rosli Chicago Florida mula dimainkan di radio Gomo FM

Rasanya GomoFM adalah radio yang pertama memain kan lagu Abeli Rosli yg bertajuk Chicago Florida ni. Lagu ini adalah ciptaan Pakdo Husin dan susunan muzik oleh Lie Desire.

Lagu ini sebenarnya terkandung dlm album Dikir Ala Kampung 3 yg bakal berada dipasaran pada 1/1/2013 nanti.

Untuk tempahan sila hubungi http://www.facebook.com/abelitokjoro

GGFM~ dah ada lagu ni :)

TOP 10 COMMENTATORS blog gosip Gomo FM


TOP 10 COMMENTATORS

kpah k-poh (88)
[™محد زولفکر] (47)
djkakpahGomofm (28)
gosip gomo fm (26)
Mrs.Yie (21)
torus turus (18)
MiSs ZaRRa (13)
fatin suhana (13)
Chenta Eyfa Najibrz (10)
[™محد زولفکر] Zulfakar (9)\

GGFM~ macam carta lagu la pulak :)

Kenapa Fiena majuk ngan Kubi?


Kenapa Fiena majuk ngan Kubi?
Sila pilih salah satu jawapan dibawah

a)Kubi skodeng dia mandi
b)Kubi curi spender dia
c)Kubi kata dia malas mandi mcm kambing
d)Dia saja2 majuk krn suruh Kubi pujuk


GGFM~ macam soklan PMR la :)

Vecast nak bagi Gomo FM 60% dari hasil iklan?


Syukur lah kalo mcm tu. jom beriklan kat sana http://www.vecests.com/ !!

Jumlah pengunjung semalam 29/12/12  kat Vecast



GGFM~ Wow ramainya pengunjung!!!  :)

Saturday, 29 December 2012

Novelis Hanni Ramsul nak taja 10 buah novel untuk kuiz di Gomo FM?

Nampaknya tak lama lagi hanya tinggal beberapa hari lagi kita semua akan melangkah ketahun baru 2013. Dan yg paling bestnya Hanni Ramsul mungkin akan menaja lagi kuiz di Gomo FM.


Untuk pengetahuan korang, sebenarnya dia pernah menaja kuiz di Gomo FM dulu, nak baca sila klik


GGFM~ tq :)

Thursday, 27 December 2012

9 januari 2013 ada dj baru?

Semalam kan, ada sorang budak ni kan...

dia bgtau dia nak dj berduet kat Gomo FM ngan kawan dia tapi bukan skrg tapi...



tapi tahun depan la masa dia cuti 9hb januari. Yang paling best leh speaking dan mungkin deejay dalam bahasa inggeris tuuu!!

GGFM~ ngah x sabo ni :)

Wednesday, 26 December 2012

Ramai yg bertanya MKM tu siapa

Naik pening gak MKM. Hari ni saja dah 15 org chaters bertanyakan MKM tu siapa. Ok GGFM mewakili MKM ingin memperkenalkan MKM kpd umum.

MKM ni adalah seorang lelaki yg masih lagi muda dan masih lagi dara tau!!! Nama sebenar dia adalah Mohamad Amzar. Sangat berminat dalam bidang Photograpi dan pernah bercita2 untuk bertunang ngan kamera kesayangan dia hahahaha!!!

Nak kenal sgt jeng jeng ini la org nyer


Setelah 18 tahun menghilang, Acik iLY muncul kembali


Tak tau la kemunculan ini hanya utk hari ini atau lepas ni ilang lagi. Dah lama sebenarnya tak dengar cerita tentang minah Brunei ni. Entah kan kawen entahkan belom. Entah dah ada cucu pon tak tau hehehe.

Tapi yg pasti kemunculan dia akan terubat lah rasa rindu rakan2 lama kat dia.

GGFM~ rendu jugak :)

Kak Pah teruja Rozita Rohaizad mintak lagu

Sedang Kak Pah sdg asyik mahsyuk membebel sambil berbuih2 mulot di konti Gomo FM tetiba Rozita Rohaizad meminta lagu


tapi syg Kak Pah tak der lagu tu


last2 terpaksa la Rozita Rohaizad memberi lagu itu sendiri kat KakPah.

GGFM~owh begitu kisahnya :)

Tuesday, 25 December 2012

Eira Asneira jadik model?


Makin hebat chaters kita yg berasal dari Pkln Chepa ni. Tetiba jadik model pulak. Maklom la orang cantik, body pulak slim, memang sesuwai sgt la tu hehehe!

GGFM~ teringat kan meehon celop :)

Selamat hari natal kpd kengkawan yg pernah menceriakan GomoFM sewaktu tika dolu


Anastasian Ann


Justlye James


NTeman Tapi Mesra (Ann)

GGFM~ merry christmas :)

Pinned fb di Kaki Bloger dah ada org beli la

Ahirnya ada jugak org beli pinned di fb kaki blogger. Terima kasih kpd saudara Hos Getah krn membuat iklan pinned ini. Jadik kepada sesiapa yg nak beli, peluang masih ada. Sila klik link fb dibawah ok..
http://www.facebook.com/groups/529281943757294/?notif_t=group_r2j\

Dan utk pengetahuan semua duit ini akan disalurkan terus ke tabung Gomo FM. Dengan terbeli iklan ini, wang terkumpul di tabung Gomo FM semua sekali telah berjumlah sebanyak rm10. Wow byk tu!!!!!

Duit ini akan digunakan nanti utk membayar sewa cbox primium, membayar domain gomofm dot org, membayar sewa server radio dan auto dj!!


GGFM~ beli jgn x beli wei :)

Kubi Dihanyutkan banjir?

Semalam nampak Kubi menguplod beberapa keping gambar di fb. Konon2 suh smua org tau yg dia yg dia x leh gi kerja krn banjir disamping nak suh org tau dia ada hp canggih leh main fb guna hp la tew!! Hampes tol!!!


kambeng kubi bertukar jd keter



kubi bertukar jd beruang utk menyelamatkan diri dari banjir


selipar kubi yg terkorban semasa banjir


GGFM~ best tido masa banjir :)

Sunday, 23 December 2012

Gomo FM keluar diakhbar Sinar Harian?


Semalam seorang kawan lama telah menghubungi GGFM meminta supaya memberi butir2 tentang radio Gomo FM kpd dia. Katanya ada wartawan Sinar Harian berminat menemuramah dia utk bercakap tentang radio internet masakini.

Tapi fikir punya fikir, GGFM telah menolak pelawaannya itu. Ini kerana GGFM merasakan Gomo FM tak ada apa yg boleh dibanggakan. Nanti malu takut dikhabarkan indah khabar dari rupa pulak. Jadi GGFM rasa biar lah Gomo FM tak glemer dimata orang tapi tetap glemer dihati chaters2 setia kami.

GGFM~ berpijak dibumi yg nyata :)

Thursday, 20 December 2012

Abe Lie akan muncul ngan lagu dikir ciptaan baru bertajuk Chicago Florida


Semalam sedang GGFM berselimut untuk menahan kesejukan akibat hujan yg tak henti2 turun, tetiba hp Nokia 3310 GGFM berdering2. Cek punya cek rupanya Abe Lie tok joro sohor dari Bukit Puteri Jerantut yg call.

Sebenarnya dah hampir 3 tahun kami terputus hubungan akibat semenjak GGFM diculik oleh alien dan dilarik kan ke Planet Zargus. Dalam byk2 borak tu byk jugak la yg kami bualkan. Yang paling menarik ialah tentang kemunculan Abe Li dgn sebuah lagu dikir ciptaan baru yg bertajuk Chicago Florida nyanyian beliau.

Sebenarnya lagu itu dah pun siap dirakamkan untuk di muatkan dalam album ALA KAMPUNG 3 cuma menunggu majlis pelancarannya dijangkakan pd 1/1/13 nanti.

Sebelum ni Abe Lie pernah muncul dlm beberapa album antaranya album DIKIR JENAKA BUBUR dan beberapa lagu dikir lain yg telah pun divideo klipkan.



Insyaalah kalo takder aral melintang, lagu2 dikir AbeLi akan berkumandang di Gomo FM tak lama lagi dan mungkin dia jugak akan dilamar untuk menjadi salah seorang deejay disini.






GGFM~ lagu Chicago Florida memang best :)

Ruangan PIN POST Untuk Disewa Dengan Harga RM10 Sebulan



status dari Hos Getah
Kami menawarkan Ruangan PIN POST Untuk Disewa Dengan Harga RM10 Sebulan,Sebulan iklan anda akan berada di post teratas di group ini .Jika Anda Berminat Sila Berhubung Dengan Mr Kubi Gomofm Kpah K-poh SharifahNor atau Saya Hos Getah


GGFM~jom :)

Kak Pah cuti 5 hari


Semalam 19/12/12 Kak Pah cuti amik result PMR dan mulai ari ni lak dia cuti ada tetamu kat umah dia dan dia akan masuk balik konti insyaallah hari senin 24/12/12 ni. Itu la info yg GGFM dpt dari FB Kubi.

GGFM~gomo fm sepi lagi :(

Wednesday, 19 December 2012

Besim pening nak pilih Neelofa, Fida, Najwa Latif atau Hetty Sharlene


Sejak glemer setelah berjaya menubuhkan grup facebook SEP2 KELATE BERCANGKAK LUAI, Besim skrg ni menjadik idaman ramai artis wanita.

Sekarang dia ngah pening nk pilih siapa jadik awek. Cian dia huhu..

GGFM~ nak jugak laaaa :)




iLah suka main pelampung

Setiap hari minggu iLah akan kepantai utk main pelampung ngan kawan2nya. Tapi sejak musim tengkujuh ni, aktiviti main pelampung tu terpaksa dihentikan sekejap huhu. Berita ini didapati dari risikan di opis PMBK hahaha!!!

GGFM~ selalu jd pelampung :)

Saturday, 15 December 2012

Web utama GomoFM sedang dinaik taraf

Dari mesej Sabhi Alif(web admin)~

Harap maaf laman utama GomoFM, dalam proses naik taraf :), player asal masih boleh digunakan :) .. http://www.gomofm.org/web

GGFM~ korang leh chat di mana2 blog gomo fm dulu ek :)

Kerana terpaksa, Gomo FM kehilangan 2 org deejay yg berbakat


Demi kebaikan bersama, walaupun dgn berat hati, pihak pengurusan telah sepakat untuk memberhentikan dua org deejay diGomo FM. Semoga selepas ini tak ada lagi sebarang persengketaan yg berlaku di Gomo FM dan diharapkan tak ada sebarang dendam diantara kita.

GGFM~ ditelan mati emak dibuang mati ayah :(

Wednesday, 12 December 2012

Comelnya anak Yana meknae

Ini lah Abdul Akiff Arsyah bin Edy baby yg dilahir kan oleh Yana jumaat lepas. Comel kan?

klik sini utk entry yg terdahulu tentang kelahiran ini
http://gosipgomofm.blogspot.com/2012/12/yana-selamat-melahir-baby-boy-semalam.html

GGFM~comelnya :)

Sunday, 9 December 2012

Akhirnya cbox GomoFM berjaya direnew


Syukur disaat2 akhir, cbox GomoFM telah berjaya direnewkan. Jadik kpd semua chaters, selamat berchating2 la sehingga berbuih2!!

GGFM~ fuhh lega :)

Saturday, 8 December 2012

Flash player radio Gomo FM akan hilang?


Untuk pengetahuan korang, flash player Gomo FM akan dibuat baru oleh admin web GomoFM, ini bg mengelakkan bandwith utk web Gomo FM cepat abis krn admin web dapat mengesan ada radio lain turut sama menggunakan flash player Gomo FM utk radio mrk.

Mungkin setelah flash player baru dibuat, flash player lama akan didelete dan menyebabkan flashplayer akan hilang dari blog2 dan web2 korang. Jika ini berlaku, sila dapatkan maklumat dari admin2 GomoFM utk mendapatkan kod baru utk player di web atau blog korang.

Jika tetiba player korang ilang, jgn bimbang krn korang masih boleh teruskan mendengar di blog2 lain buat sementara waktu sebelum korang dapatkan kembali kod radio kembali, cuma sentiasalah mengikuti perkembangan dari pihak kami..

teruskan mendengarkan kami disini kalo player blog dan web korang hilang di...

http://www.gomofm.org/web/
http://www.geng.gomofm.org/

GGFM~ huhu :(

Masalah utk merenewkan cbox Gomo FM


Utk pengetahuan korang, cbox GomoFM adalah cbox yg berbayar dan ia adalah auto refresh, tetapi mulai lusa jikalau pihak kami masih lagi lom berjaya mengatasi masalah membuat bayaran melalui akaun paypals admin utk merenewkan ia, cbox ini akan menjadi tidak auto lagi dan setiap kali menghantar mesej, korang terpaksa menekan butang refresh atau butang segarkan utk melihat mesej rakan anda yg sterusnya.

Jadi kepada sesiapa yg mempunyai akaun paypals, pihak admin ingin meminta pertolongan korang supaya tolong merenewkannya dan pihak admin akan membanking sejumlah wang utk urusan perenewan tersebut harap maklom!!

GGFM~ isk isk :(

Yana selamat melahir baby boy semalam

Yana atau pon nama gelemernya Kioh semalam 7.12.12 pukul  2 petang telah pon selamat melahirkan seorang baby boy yg seberat 2.8 kg. GGFM mewakili seluruh warga Gomo FM mengucapkan tahniah kpd yana krn telah pon berjaya menjadik seorang ibu!!!

GGFM~ dah lama jd bapak :)

Saturday, 1 December 2012

Kak Pah mendeejay hari sabtu?


Heran bin anjaib sungguh la. Biasanya dia mendeejay hari isnin sampai jumaat antara jam 8.30 pagi sampai kul 10.30 jer. Kalo la leh diamalkan selalu alangkah best nyer maklom la kalo Kak pah takder pepagi, rasa mcm kurang ceria jer Gomo FM huhu!!

GGFM~ bagus2 :)